KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang wanita yang menyusup masuk ke kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah apartmen Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, wanita berkenaan disyaki menetap di Puchong dan dipercayai masuk ke kawasan tersebut untuk menziarahi neneknya sekitar pukul 6.15 petang.
"Laporan polis dibuat pada malam hari kejadian selepas satu video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan wanita berkenaan yang memakai baju warna gelap dan seluar putih dilihat menyusup masuk seorang diri ke PPR tersebut melalui kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok.
"Saksi awam yang memuat naik video berkenaan di media sosial mengaku merakamkan video tersebut manakala pegawai bertugas di PPR berkenaan membuat laporan berhubung kejadian.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Anuar menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini kerana bimbang mewujudkan kegusaran orang awam dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
"Sebarang perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang," ujar beliau lagi.
Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Afiezy Azaman
Sat Jul 10 2021
Seorang wanita menyusup masuk ke kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah apartmen Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Jumaat sedang dijejaki polis.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Menyusup kawat duri di kawasan PKPD untuk jumpa nenek, wanita dijejaki polis
Wanita berkenaan disyaki menetap di Puchong dan dipercayai masuk ke kawasan tersebut untuk menziarahi neneknya sekitar pukul 6.15 petang.